Tak cukup info? Cari lagi.

 

Sunday, June 29, 2008

Kenapa Isteri Dingin?

Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi atau nafsu seks dingin.
Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.
Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.
Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.
Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.
Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik.
Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.
Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.
Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:
Frigiditi Semu.
Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.

Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.

Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting.
Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya.

Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit.

Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.

Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s.a.w. iaitu didahului dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.
Frigiditi Sepintas Lalu
Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme.

Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini.

Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya.

Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya.

Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.
Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian.

Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.
Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme.

Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai.

Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.

Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.

Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.

Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:
  • Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.
  • Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.
  • Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
  • Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
  • Perasaan benci terhadap suami.
  • Tanggapan negatif mengenai seks.

Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks,semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya.

Masalah frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.

Putus Sudah Kasih Sayang

Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. Jahatkah aku? Burukkah aku? Tidak cukup sempurna kah aku? Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. . Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari..
Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Lebih perit lagi bila Cinta Pertama tidak seindah yang dibayangkan. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.. Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Hidup harus diteruskan tanpa insan istimewa di sisi. Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi.. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.. Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yang menyayangi kita melihat kita sengsara.. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatu yang lebih baik untuk kita..
Usah dibiarkan perasaan benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Di sini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.. Perlukah ini semua berlaku? Kenapa harus ada dendam? Sesungguhnya kita semua harus percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif.. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda.. Usah terus kesal dengan hubungan yang terputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku..
"Cinta di Depan Mata tidak semestinya kekal untuk selamanya"

Monday, May 12, 2008

Kamar Tidur dan Katil


Katil merupakan tempat paling istimewa dan peribadi bagi suami isteri. Ia terletak di dalam kamar yang jauh dari pandangan orang lain termasuk keluarga dan anak-anak.

Syariat melarang isteri membenarkan orang lain naik ke tempat peraduannya kecuali suaminya. Malah anak-anak hendakah mengetuk dan memberi salam jika mahu memasuki kamar tidur ibu bapanya . Bagaimana pun adalah lebih baik jika anak-anak tidak menganggu apabila ibu bapa berada di dalam kamar tidurnya.

Walaupun namanya kamar tidur, fungsinya bukanlah untuk tidur semata-mata. Lebih dari itu suami isteri hendaklah menjadikan kamar tidur sebagai tempat memupuk kasih sayang dan cinta berahi.

Sebab itu kamar tidur hendaklah dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang sesuai dengan funsinya.Kamar tidur juga hendaklah dihias dengan perhiasan yang cantik ,wangi dan selesa.Jangan sekali-kali menjadikan kamar tidur sebagai setor.

Begitu juga sebaliknya. Segala masalah di tempat kerja jangan sekali-kali dibawa ketempat tidur. Cari topik perbualan yang lembut,romantik dan mesra. Suasana lampu samar-samar dan tidak terlalu terang . Pintu bilik hendaklah dikunci dan pastikan tidak ada gangguan dari ahli keluarga yang lain.

Dari perbualan, suami isteri selalunya berpindah ke sentuhan. Sentuhan badan dan saling urut-mengurut juga satu fenomena dan penyayang. Fenomena ini lebih intim jika dilakukan tanpa disaluti pakaian.

Apabila berada dikamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan toleransi untuk mememuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya si suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri.

Sebab² isteri menjadi lebih cepat tua dan tak cantik

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
===============================================================
Khidmah (pelayanan) seorang isteri kepada suaminya adalah wajib menurut pendapat yang paling rajih (kuat), pendapat selain itu dhaif, tidak bisa dijadikan hujjah.
Tentang kewajiban isteri memberikan pelayanan kepada suaminya telah dirajihkan guru kami al-Albani dalam "Adabuz-Zifaf" (180-181). Bahwa Khidmah (pelayanan/bakti) yang telah disebutkan, wajib dilakukan secara ma'ruf dalam batas-batas kemampuan isteri. Maka khidmah seorang (yang biasa) tinggal di kampung berbeda dengan (yang biasa) tinggal di kota, dan baktinya seorang yang kuat tidak sama dengan baktinya seorang yang lemah, sebagaimana dikatakan Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyah. 16
Dan jika seorang isteri tidak mampu melakukan sesuatu, maka suami tidak boleh membebani apa yang diluar batas kemampuannya. Sementara jika suami mampu melakukannya, maka hendaknya ia melakukannya, karena hadits 'Aisyah yang berkata: "Bahwa Rasul biasa menjahit pakaiannya sendiri, menambal kasutnya (sandalnya) dan beliau berlaku sebagaimana seorang laki-laki berlaku di rumahnya." 17
Hendaknya isteri bersyukur (berterima kasih) atas segala kebaikan suami kepadanya dan janganlah isteri mengingkari kebaikan suaminya, maka sesungguhnya yang demikian itu akan mendatangkan kebencian dari Allah, karena sabda Rasul, "Allah tidak mau melihat wanita yang tidak tahu berterima kasih kepada suaminya sedang ia (wanita) tidak merasa cukup kepadanya (suaminya)." 18
Dan juga karena sabda Rasul, "Diperlihatkan kepadaku neraka, maka sebagian besar penghuninya adalah para wanita yang kufur. Dikatakan: "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Rasul menjawab: "Mereka kufur terhadap suami mereka dan mereka mengingkari kebaikan suami mereka. Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa, kemudian ia (wanita tersebut) melihat sesuatu (yang tidak disukainya), ia akan berkata:"Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan padamu." 19
Hadits ini merupakan peringatan penting bagi para wanita yang beriman kepada Allah dan bagi wanita yang mengharapkan kampung akhirat. Dalam hal ini ada bukti dari hadits lain: "Penghuni surga yang paling sedikit adalah dari kalangan wanita." 20
Maka tidak pantas seorang wanita yang mencari keselamatan kemudian menyelisihi suami kepada yang selain diberikan suami dengan kufur/mengingkari kebaikan suaminya atau banyak mengeluh karena sebab-sebab yang sangat sepele.Dan wanita mana saja yang menyakiti suaminya akan dilaknat para Bidadari (Wanita-wanita surga yang disediakan sebagai isteri-isteri pria beriman -red). Maka ia (wanita) akan berada di jurang kehancuran jika terus-menerus melakukan perkara yang dilarang itu.Sesuai dengan sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia, kecuali berkata isterinya yang dari bidadari: "Janganlah kau sakiti dia (suami) -Semoga Allah mencelakakan mu- maka tidak lain dia (suami) disisimu hanya seorang asing yang sebentar lagi akan meninggalkanmu menuju kepada kami." 21
Dan masih ada beberapa hak suami selain ini, aku (Abu Ishak al-Huwaini) tidak ingin menyebutkannya lagi khawatir terlalu berlarut-larut dan apa yang telah kami sebutkan telah cukup. Walhamdulillah.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Kaki
16 Dalam al-Fatawal-Kubra (2/234-235).
17 Hadits shahih dikeluarkan Abdur Razzaq (20492), Ahmad (6/121,167,256,260), Abusy -Syaikh dalam "Akhlaqun-Nabi" (1/1/20), al-Baghawi dalam "Syarhus-Sunnah" (13/242-243) dan lain-lain.Aku telah menyebutkan mereka dalam kitabku "Al-'Aqdu Adz-Dzahaby" takhrij kitab "Akhlaqun-Nabs" nomor 11.
18 Hadits shahih, dikeluarkan An-Nasa'i dalam "Al-Kubra" (3/168) dari jalan Sarar bin Masyjar dari Sa'id bin Abu 'Arubah dari Qatadah dari Sa'id bin Al-Musayyab dari Abdullah bin 'Amr secara marfu'.Aku berkata: Sanad hadits ini shahih seandainya tidak ada 'an'anah-nya Qatadah, maka sesungguhnya Sarar bin Masyjar dari kalangan sahabat Sa'id bin 'Arubah yang terdahulu. Hadits ini di-mutaba'ah-kan oleh Abdullah Ibnul Mubarak dari Sa'id dengan lafadz itu.Masih ada beberapa riwayat yang secara umum shahih, -pent.
19 Hadits shahih dikeluarkan Bukhari (1/83-2/540-9/298 -Fathul Bari) dan lafadz Bukhari, Muslim (6/212-213 Nawawi), Abu 'Awanah (2/379-380), Malik (1/194-195-Tanwir), Nasa'i (3/146,147,148), Baihaqi (7/294) dari beberapa jalan dari Ibnu 'Abbas.Juga dikeluarkan Bukhari (1/405-3/325-4/191-51266 Fathul Bari), Muslim (2/67 Nawawi), Nasa'i (3/187), Ibnu Majah (1288), al-Baghawy dalam "Syarhus-Sunnah" (1/36-38), Ahmad dan lain-lain dari hadits Abu Sa'id Al-Khurdy khot. Masih ada beberapa riwayat yang secara umum shahih, demikian untuk ringkasnya, -pent.
20 Hadits shahih dikeluarkan Muslim dan Ahmad (4/327,336,443), Ibrahim bin Thuhman (1/1/127), Ath-Thayalisy (832), Abdur Razzaq (20610), Thabrany dalam "AI-Kabir" (18/111), Hakim (3/602), Abu Nu'aim dalam "AI-Hilyah" (3/85), Khotib dalam "Ath-Tarikh- (5/221-222) dari jalan Abut-Tiyah dari Mathawif bin Abdullah dari 'Imron bin Hushain secara marfu' maka ia menyebutkan haditsnya.
21 Hadits shahih dikeluarkan at-Tirmidzi (4/338-Tuhfah), Ibnu Majah (1/621), Ahmad (5/220) dari jalan Ismail bin'Iyasy dari Buhair bin Sa'ad dari Kholid bin Ma'dan dari Katsir bin Murroh At-Hadhromy dari Mu'adz bin Jabal secara marfu' maka ia menyebutkan haditsnya. Tirmidzi berkata: "Ini adalah hadits gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari sisi

Wednesday, March 12, 2008

Kelebihan berbekam

Bekam atau bahasa Arabnya disebut hijamah bererti mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada bahagian kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. (Kamus Dewan: 124)

Pendapat sebahagian fuqaha, perkataan hijamah bererti mengeluarkan darah daripada tengkuk dengan cara menghisapnya dengan alat-alat hajam (bekam) selepas dibedah. Al-Khattabi ada menyebutkan bahawa hijamah atau berbekam itu tidak dikhususkan tempatnya di tengkuk sahaja bahkan ia juga boleh dilakukan di mana-mana bahagian badan. (Mausu‘ah feqhiah: 17/14)

Hukum Berbekam
Sepertimana yang kita ketahui, bahawa berbekam itu merupakan satu perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang. Sehingga ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian dalam menyara hidup seharian.Persoalan yang timbul adakah perubatan dengan berbekam itu disyariatkan, bolehkah ia dijadikan sebagai pekerjaan dan apakah kesannya terhadap keshahihan sesuatu ibadat?

Perubatan dengan menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam"
(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
Maksudnya: "Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara: minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas"
(Hadis riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas jelas menyebutkan bahawa berbekam itu salah satu jenis perubatan yang diharuskan dalam Islam. Namun apa yang ingin disentuh di sini ialah hubungan dan kesannya terhadap hukum taharah, puasa dan berihram, dan hukumnya jika dijadikan ia sebagai satu mata pencarian.

Kesan Berbekam Dalam Taharah
Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan yang ertinya :
"Tidak perlu berwudhu (tidak batal wudhu) kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar. " (Al-Umm: 1/14)

Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.

Kesan Berbekam Dalam Puasa
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

Kesan Berbekam Dalam Ihram
Mengikut pendapat Imam As-Syafie, Ashab dan jumhur ulama adalah harus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah, selagi dia tidak memotong rambutnya. (Majmuk: 7/377) Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah Radiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram."
(Hadis riwayat Bukhari)

Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu.

Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi jika tidak terpotong rambut maka itu diharuskan. (Mausu‘ah Feqhiyah: 17/17)

Berbekam Sebagai Pekerjaan
Pendapat jumhur fuqaha termasuk mazhab Syafie, adalah diharuskan bagi seseorang itu menjadikan hijamah (bekam) sebagai satu pekerjaan dan mengambil hasil daripadanya. Kerana berbekam itu perbuatan yang bermanfaat, mubah (harus) dan orang ramai memerlukannya, maka diharuskan mengambil upah seperti pekerjaan menjahit dan sebagainya.
(Mausu‘ah feqhiah: 17/18)
Mereka berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya:
"Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam pernah berbekam dan Baginda memberi (upah) kepada orang yang membekamnya itu, seandainya hal itu haram, nescaya Baginda tidak memberinya."
(Hadis riwayat Bukhari)

Dari penjelasan di atas dapat kita simpulkan bahawa berbekam itu adalah merupakan cara perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam. Yang demikian itu sudah tentu banyak kelebihan dari segi kesembuhan suatu penyakit, sebagaimana diamalkan oleh Baginda sendiri. Oleh kerana itu membekam suatu bidang pekerjaan yang patut diterokai.

Untuk bakal pengantin tua & muda

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Bila-bila masa pun boleh


Mengikut Pendapat Ulama
Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rihat kepada tenaga batin.

[ Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV ]

Seks Yang Sempurna & Memuaskan
Seks aadalah satu-satunya keprluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah ( berzina ). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami 'makan yang haram' diluar, padahal dirumah ada yang halal ? Seorang kawan saya menjawab:. " Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !"

Sambil selamba seorang kawan lagi berkata," Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !"

Pesanan Untuk Isteri

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ' buat seks' ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata. Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita dirumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohol dan mengasyikkan.

Disini saya ingin perurunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.....
Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

No. 1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

No. 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;'
kononnya seperti perempuan siam'. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !

No. 3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.

Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan. Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ' anu' dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke'anu' anda.

Tidak dinafikan ada lelaki liat 'buat seks' dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang 'suami' anda ini sememangnya 'tidak ganas' dan 'dianggap 'suami berjurus' [civic] - bersabarlah...

Kenali hati budi seorang lelaki


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.