Tak cukup info? Cari lagi.

 

Monday, May 12, 2008

Kamar Tidur dan Katil


Katil merupakan tempat paling istimewa dan peribadi bagi suami isteri. Ia terletak di dalam kamar yang jauh dari pandangan orang lain termasuk keluarga dan anak-anak.

Syariat melarang isteri membenarkan orang lain naik ke tempat peraduannya kecuali suaminya. Malah anak-anak hendakah mengetuk dan memberi salam jika mahu memasuki kamar tidur ibu bapanya . Bagaimana pun adalah lebih baik jika anak-anak tidak menganggu apabila ibu bapa berada di dalam kamar tidurnya.

Walaupun namanya kamar tidur, fungsinya bukanlah untuk tidur semata-mata. Lebih dari itu suami isteri hendaklah menjadikan kamar tidur sebagai tempat memupuk kasih sayang dan cinta berahi.

Sebab itu kamar tidur hendaklah dilengkapi dengan perabot dan peralatan yang sesuai dengan funsinya.Kamar tidur juga hendaklah dihias dengan perhiasan yang cantik ,wangi dan selesa.Jangan sekali-kali menjadikan kamar tidur sebagai setor.

Begitu juga sebaliknya. Segala masalah di tempat kerja jangan sekali-kali dibawa ketempat tidur. Cari topik perbualan yang lembut,romantik dan mesra. Suasana lampu samar-samar dan tidak terlalu terang . Pintu bilik hendaklah dikunci dan pastikan tidak ada gangguan dari ahli keluarga yang lain.

Dari perbualan, suami isteri selalunya berpindah ke sentuhan. Sentuhan badan dan saling urut-mengurut juga satu fenomena dan penyayang. Fenomena ini lebih intim jika dilakukan tanpa disaluti pakaian.

Apabila berada dikamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan toleransi untuk mememuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya si suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri.

0 comments: