Tak cukup info? Cari lagi.

 

Sunday, November 25, 2007

Cumbu rayu jangan diabaikan

Cumbu Rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).
Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku
binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka beliau
Bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogen, iaitu yang berikut:
1. Daerah kening
2. Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi dan sekitarnya
5. Bahagian tengkuk
6. Bahagian leher
7. Daun dan belakang telinga
8. Payudara terutamanya puting
9. Bibir dan lidah
10. Bahagian dalam mulut
11. Peha dan sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”
Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.
Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Betapa bagusnya andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Ta?la.
Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.





Oral seks

Soalan :

Assalamualaikum,

Saya adalah suami yang baru mendirikan rumahtangga. Masalahnya ialah isteri saya sering menolak apabila diajak melakukan oral seks. Apakah hukumnya melakukan oral seks seperti menjilat kemaluan isteri untuk menambahkan kenikmatan kepada isteri? Perlukah saya bertaubat?

Terima kasih.

M. Shariffudin, Ampang

----------------------------------------------------------


Jawapan :

Sebelum saya memperkatakan tentang oral seks, terlebih dahulu elok kiranya saya menjelaskan kepada saudara tentang ketaatan isteri kepada suami. Islam dengan jelas mewajibkan ketaatan isteri kepada suami selagi suami tidak menyuruh kearah kemaksiatan kepada Allah. Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan sebagai wasilah (cara) bagi manusia memenuhi fitrah nafsunya. Islam memberi kebebasan bagi suami untuk mendatangi isterinya sebagaimana yang dikehendakinya selama mana tidak melampaui batas-batas berikut.

1 . Tidak mendatanginya melalui dubur.
2 . Tidak mendatanginya sewakti isteri dalam haid.
3 . Menyetubuhinya sewaktu isteri suci daripada haid dan belum mandi junub.

Selain daripada tiga perkara diatas maka suami boleh menikmati kesemua bahagian tubuh isterinya temasuk menyentuh dan menjilat kemaluan isterinya.

Dari sudut hukum, saudara bolehlah mengamalkan oral seks. Tetapi disana, perlu di ingatkan, sesetengah orang meninggalkannya untuk menjaga adab. Sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj Isterinya Aishah dan begitu juga Aishah tidak pernah tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah dan juga Baginda sewaktu berjimak menutup tubuh dengan kain.

Saya berpandangan mungkin isteri saudara malu ataupun tidak tergamak kerana menjaga adab. Kalau saudara ingin juga mengamalkannya mungkin saudara perlu berbincang dari hati kehati dengan isteri saudara kerana kepuasan dalam hubungan kelamin memerlukan persefahaman daripada kedua belah pihak.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian bahawa kemaluan lelaki megeluarkan 2 jenis cecair, air mani dan air mazi. Mani lelaki adalah suci dan ini bermakna kalau ia terkena pakaian, pakaian tersebut boleh dipakai untuk sembahyang. Air mani tidak boleh ditelan walaupun ianya suci kerana ia adalah benda-benda yang jijik yang tidak boleh dimakan. Manakala air mazi pula jika terkena pakaian, ianya tidak boleh dibawa sembahyang kerana mazi adalah najis dan ia juga tidak boleh ditelan.

Saya menyebut perkara ini kerana seks barat mengamalkan perkara ini (perempuan menelan mani dan mazi lelaki dan brgitu juga sebaliknya sebaliknya). Faraj perempuan juga mengeluarkan mazi dan mani dan hukumnya adalah haram untuk ditelan.

Kita perlu beristighfar kepada Allah dan mengingatiNya setiap masa sehingga waktu kita berasmara dengan isteri pun kita telah diajar cara untuk mengingatiNya. Rasulullah telah menyebut adab-adab serta zikir untuk mengelak daripada persetubuhan dihadiri oleh syaitan. Disebut didalam hadis juga, jika kita membaca doa sewaktu jimak, zuriat yang bakal lahir akan dijaga oleh Allah dari Syaitan.

Dalam masalah ini saya bahagikan kepada dua keadaan:

1 . Jika saudara menjilat kemaluan isteri (dengan syarat faraj bersih dari sebarang najis), saudara adalah berhak mengikut hukum. Tetapi kalau saudara meninggalkannya kerana menjaga adab ianya adalah lebih baik.

2 . Jauhi daripada menelan cecair samaada daripada kemaluan suami ataupun isteri kerana ianya adalah benda kotor. Kalau saudara telah melakkukannya (menelan mani atau mazi) ianya dimaafkan kerana saudara tidak mengetahui hukum dan setelah diketahui perlulah ianya ditinggalkan dan melakukannya adalah berdosa.

Dan akhirnya kejahilan tentang hukum bukanlah alasan untuk melakukan perkara haram. Oleh itu, kita dituntut untuk belajar selok belok agama dan juga hukum hakamnya.

Wallahua'lam..

Bau ketiak pasangan anda adalah yang terbaik

Bau ketiak atau badan yang masam dan tengik mungkin merupakan sesuatu yang tidak selesa bagi sesetangah orang terutamanya wanita. Tapi percayalah bahawa bau badan lelaki merupakan bau lelaki yang sejati yang menjadi sesuatu yang "ingin" dihidu oleh kebanyakan wanita. Bau yang dikeluarkan oleh rongga peluh lelaki adalah bau asli yang boleh menarik dan menguja nafsu wanita. Ianya boleh merangsang nafsu berahi wanita. Minyak wangi lelaki yang paling mahal dan paling disukai wanita adalah dibuat dari esktrak bau badan lelaki. Ini adalah lerana bau semulajadi lelaki atau wanita adalah bau yang merangsangkan pasangannya. Bau ini adalah sebahagian dari penjodohan sesuai atau lebih popular disebut sebagai "chemistry".

Benarkah bau ketiak lelaki juga mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

Kenali peringkat seksual wanita

Usia 1 hari - 1 tahun

Jantina bayi boleh dikenal pasti selepas bayi dilahirkan. Jika sudah pasti perempuan, bersyukurlah. Pada amalan Syariat Islam, seseorang kanak-kanak perempuan mesti di SUNNATKAN bukan diWAJIBKAN untuk melakukan upacara bersunat dengan melalui buloh kecil berulang kali keatas kelintit (clotoris) TANPA membuang atau menghiris kelintit.

Jangan menzalim anak-anak perempuan dengan membaung terus kelintit, kerana ini akan menyebabkan hilang nafsu seks diwaktu dewasa dan ini adalah satu KEZALIMAN yang anda lakukan terhadap anak gadis anda.

Usir 1 hingga 10 tahun

kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan, buah dada, punggong.

Usir 11 hingga 19 tahun

Alam remaja, haid datang buat pertama kali. Alat kelamin mula membesar dan menonjol. Usia 15-16, 17 anak-anak remaja perempuan mula pandai berbohong dan pandai jumpa boy friend. Mula meminati lelaki dan cakap soal lelaki.

Mula mencari jalan untuk jumpa dengan boy friend. Berkhayal untuk bermesra dengan lelaki. Jika melakukan seks diwaktu ini, ia boleh menghamilkan seseorang perempuan. Awas ! Jangan terlalu bebas diwaktu ini, amat merungsingkan bagi ibu bapa.

20 hingga 28 tahun

Sudah pandai seks dan alam rumah tangga. Mengurus rumah tangga. Waktu ini harus banyak bersabar, kerana banyak hal-hal berlaku dalam rumah tangga diluar dugaan.

29- 40 tahun

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan. Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu. Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian. Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah 'mencari sesuatu yang hilang' dirumah untuk menghiburkan kesepian.

Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.

Ini adalah sifat semulajadi - fitrah alam yang harus anda tempuhi. sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.

Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan 'aku cerai kamu' !!

Wanita Kuat Seks - ini dikenali sebagai nymphomania, dimana perempuan ini akan melaukan seks dengan banyak lelaki. Gejala ini adalah penyakit yang boleh diubati.

Menjaga Kemaluan

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.


Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.

Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.

"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."
"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.

Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:
  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
Tambah Dr. Siti Zaleha lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik.

Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.
"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan," jelas Dr. Siti Zaleha lagi.

Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.
Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.

"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.

Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Siti Zaleha berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.

"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.
"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj," ujar Dr. Siti Zaleha.

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

"namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius," tambah beliau.

Dr. Siti Zaleha juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

"Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.

"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor," katanya lagi.

Mengetahui masa subur isteri


Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:


  1. Masa haid
  2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
  3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.
  4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
Selamat mencuba

Menasihati orang degil

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind(minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah keatas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri. Sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.

Wallahua'lam...

Tatsusila hubungan suami isteri

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.
Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan ataupun moral.
Bimbingan Islam itu antara lain adalah:
Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat kelamin.
Dari hadi riwayat Abu Daud telah disebutkan dan bererti:
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir) isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliua menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.
b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan. Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.
c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih saying. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.
d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta memuaskan.
e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih saying seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali. “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.
f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.
g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali.
Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan sebagainya. Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:

“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”. Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?
Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri. Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan.
Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki bisa tegang batang zakarnya. Begitu pula orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau muhrimnya sendiri.

Firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.
(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

Lagi firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.
(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)

“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.
(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati”.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.
Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:

“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.
Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak membahayakan mata.
Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.

Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan.
Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.
Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.
Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya.
Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu dimaksukan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya

Hargailah isteri anda

Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak.

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.


7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.


9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Kabur cara seksual

Oleh Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

JANGAN ketawa jika diberitahu ada lelaki tidak tahu dia sepatutnya dalam keadaan ereksi sebelum mampu mengadakan hubungan seksual. Ini bukan kisah dongeng, tetapi saya pernah merawat lelaki yang kabur mengenai seksual hingga ke tahap ini.


Perlu diingatkan yang hubungan keintiman seksual hanya menyeronokkan jika pasangan lelaki dan perempuan dapat memainkan fungsi masing-masing.

Apabila berlaku kes seperti di atas, keadaan menjadi huru-hara apabila suami tidak dapat menyalurkan ereksi ke dalam faraj isteri.

Lelaki yang jahil mengenai seks tidak tahu dia memerlukan ereksi untuk menyalurkan zakar ke dalam faraj pasangan. Untuk 'pelayaran' terbaik, ereksi perlu dalam keadaan kekal dan tahap ketegangan yang sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj isteri.

Kaedah terbaik ialah dia perlu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) supaya zakar ereksi sepadatnya, sekali gus mudah disalurkan ke dalam faraj.

Bagaimanapun, perkara yang dianggap biasa menjadi luar biasa apabila seseorang lelaki itu kabur mengenai fungsi dan keadaan hubungan seksual sebenar, sekali gus menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Bagi lelaki jenis ini, tiada kaedah lain selain berjumpa pakar sakit tuan atau psikologi kerana mereka harus diberikan penerangan secara mendalam dan teknik betul bagi membolehkan hubungan seksual penetratif (memasukkan zakar ke dalam faraj) dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang berdepan masalah ini biasaanya boleh mencapai ereksi tetapi tidak sekeras yang boleh disalurkan ke dalam faraj kerana kekuatan penembusan yang diperlukan untuk tujuan itu melebihi satu kilogram.

Ini hanya dapat tercapai jika dia menggunakan otot benteng zakar sebagai penyokong kekuatan ereksi. Jadi apabila dia kemut, ereksinya menjadi lebih padat dan keras dan mampu menjayakan penetrasi faraj.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Lelaki yang mengalami masalah ini pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkannya ke dalam faraj isterinya.

Kebetulan isteri lelaki itu arif mengenai fungsi yang harus dimainkan wanita ketika hendak melakukan persetubuhan.

Namun, setiap kali suaminya mendekatkan zakar ke paras faraj, isterinya cuba membantu memasukkan ereksi ke dalam faraj, tetapi ereksi suami kendur dan tidak keras lagi.

Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang menyakitkan, tetapi tidak memberi apa-apa kesan langsung.

Apabila lelaki ini diberitahu yang dia sepatutnya memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkan zakar ke dalam faraj dengan mengemutkan otot lantai pelvis (otot kemutan), baru dia sedar dia berkemampuan mengawal tahap dan kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut.

Akhirnya dia peka dengan fungsinya dan berjaya melakukan hubungan penetratif dan berjaya membuat isterinya hamil.

Memilih hari dan masa yang sesuai untuk melakukannya

Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan persetubuhan dengan isteri sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan oleh suami isteri:
1.Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk persetubuhan ialah pada malam Jumaat, malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, persetubuhan pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.

2.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika persetubuhan pada malam Isnin, anak yang bakal lahir akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pemberian Allah swt.

3.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika persetubuhan pada malam Selasa, anak itu akan mendapat nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

4.Pesanan Rasulullah, jika bersetubuh pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang alim.

5.Bersetubuh semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki keselamatan agama dan dunia.

6.Dari pesanan Rasullullah saw. jika bersetubuh pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari persetubuhan itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika bersetubuh pada hari Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika bersetubuh pada malam Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).
Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu.

Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?
Berhati-hatilah dijalanraya. Pandu cermat jiwa selamat

Seksologi : Selera suami luar biasa

Telah menjadi tanggungjawab isteri melayani segala kehendak batin suami, namun bagaimana pula sekiranya tuntutan suami mengkehendaki isteri melakukan aksi luar dari kebiasaan?. Atas alasan mahukan kelainan dalam hubungan intim terdapat suami yg meminta layanan dengan cara yg tidak pernah dibayangkan langsung oleh para isteri. Antara permintaan suami ini adalah:


1. Fantasi seks suami melalui pornografi
Hampir kesemua lelaki gemar menonton aksi panas samada melalui DVD,VCD ataupun mengunjungi laman2 web panas, dlm kajian mendapati hampir kesemua lelaki mempelajari dan mendapatkan maklumat berkaitan soal seksual melalui media elektronik selain dari pembacaan atau info teman2. Selari kecanggihan teknologi, pornografi kini mudah dibawa kebilik tidur dan ada segelintir suami yg meminta isterinya menonton filem lucah sebagai acara pemanasan. Dari kajian didapati hampir kesemua para isteri tidak keberatan mengikut rentak suami pada awalnya namun bila keadaan ini menjadi rutin setiapkali berhubungan intim, isteri merasakan dirinya dikhianati. Isteri merasa tidak selesa dan tertekan utk memuaskan suaminya mengikut aksi pelakon lucah hinggakan sepanjang berhubungan isteri tidak fokus kerana hati bimbang dan asyik memikirkan tentang segala teknik dan aksi pelakon tersebut sedangkan suami kelihatannya bergembira membayangkan dia sedang menerima layanan sepanas yg ditontonnya dilayar. Percaya atau tidak, terdapat kes dimana isteri mengalami gangguan jiwa yg amat sangat hasil dari ketagihan suami memaksanya menonton filem lucah sebelum berhubungan. Ada kes dimana isteri mual dan loya dengan aksi luarbiasa yg ditayangkan sehingga menganggu konsentrasi perasaan dan fikiran yg mana berakhir dgn isteri tidak mendapat kepuasan yg diharapkannya dalam hubungan seksual bersama suami.

Perlu diambil perhatian bahawa suami melakukan perkara demikian kerana merasa kurang ghairah dan tidak berkemampuan melakukan ereksi makanya terdapat suami berterusan bergantung pada bahan lucah bagi menaikkan nafsu syahwatnya dan jika inilah alasanya isteri perlu mendapatkan nasihat dari pakar seksologi bagi membantu suami mengurangi dan menghapuskan sikap buruk suami. Jika suami mengalami masalah ereksi maka terdapat alternatif lain bagi mengatasi masalah itu bukan sahaja dengan bantuan bahan porno walaupun kini popular dinegara barat dan sesetengah negara Asia menggunakan pornografi sebagai terapi.


2. Oral seks
Meskipun harus diakui amat digemari oleh lelaki namun ramai pula wanita yg tidak selesa malah tidak tahu cara betul melakukannya. Terdapat isteri yg tidak dapat mencapai kepuasan dgn cara ini kerana sepanjang beraksi hati diburu kebimbangan takut dijangkiti penyakit spt kanser mulut dan sebagainya disamping terdapat kesukaran dan ketidakselesaan berlaku dimana isteri sukar bernafas dan sakit serta takut terutama bagi isteri yg pertama kali melakukannya dan tidak hairan jika ada isteri diselubungi fobia sepanjang perkahwinan bilamana suami menuntut oral seks pada malam pertama sedangkan bagi isteri perlakuan itu amat menjijikannya. Berbincanglah dgn suami dan berterus-teranglah pdnya akan perasaan anda dan sekiranya masih juga mahu mencuba pastikan kebersihan diri dan suami supaya tidak mengalami sebarang jangkitan terutama bagi pasangan yg tidak berkhatan kerana sel2 karsinogen (sel2 kanser) mungkin terselit diantara kulup atau bahagian yg tidak dikhatan. Isteri bukan shj berisiko mendapat kanser mulut malah kanser rahim juga.

Tidak dapat dinafikan terdapat suami yg terangsang melihat isterinya melakukan oral seks atau di 'oral' oleh atau dengan orang lain selain dirinya dimana dalam setengah keadaan suami sanggup memaksa isteri melakukan oral seks dgn lelaki lain secara bersendirian mahupun berkumpulan tanpa memikirkan risiko isteri dijangkiti dan tekanan perasaan yg dihadapi oleh isteri. Perkara ini perlu dihentikan segera, isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat pakar bagi membantu suami menghentikan segera tabiat dan selera luarbiasa ini demi maruah diri dan keluarga.


3. Menggunakan alat bantuan seks.
Perlambakan alat bantuan seks dipasaran memudahkan suami mendapatkannya bagi memenuhi seleranya dan lazimnya alat yg biasa digunakan adalah vibrator. Sekiranya suami gemar menggunakan alatan bantuan seks ketika menjalinkan hubungan intim suami atau isteri perlu pastikan bahawa vibrator hanya digunakan utk merangsang titik atau daerah ghairah wanita yg terletak dibahagian luar vagina sahaja. Perlu diketahui bahawa penetrasi vibrator kedalam vagina isteri akan merosakkan dan menyebabkan permukaan sel2 kulit vagina yg halus mengalami kegatalan dan berlaku radang kulit. Andai tidak diberhentikan penggunaan dlm jangka waktu panjang komplikasi getaran vibrator akan menyebabkan kesan psikologi pada isteri. Isteri perlu memahami bahawa alat bantu seks ini hanya berfungsi utk memudahkan rangsangan berlaku namun jika kegunaannya membuatkan ketidkselesaan isteri berhak menolak selera suami yg satu ini. Suami pula perlu menjaga kesihatan isteri, radang kulit vagina boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain yg mana akan menjejaskan kesihatan dan kepuasan isteri serta tahap keinginannya terhadap aktiviti seks.


4. Penyimpangan seksual
Antara penyimpangan seksual yg dilakukan suami adalah sadis,diertikan sebagai perlakuan yg kasar terhadap isteri seperti memukul, mengikat, menampar serta pelbagai lagi aksi penyeksaan oleh suami sebelum menjalinkan hubungan intim yg mana merupakan satu cara suami merangsang dirinya utk jadi lebih ghairah. Jika isteri berhadapan dgn situai begini maka dinasihatkan segera mendapatkan bantuan bagi membantu suami dan megelakkan diri disakiti. Jika dipendamkan akan merosakkan bukan sahaja hikmah perkahwinan tapi diri isteri sendiri. Dlm kes2 yg didapati isteri begini cenderung mengalami komplikasi jiwa dan mendera anak2nya. Hidup tak terurus, mengasingkan diri serta gagal berkomunikasi dgn baik serta pincang hubungan dlm masyarakat.Dikategorikan sebagai salah satu penyeksaan dan penderaan fizikal dan emosi bagi isteri yg mempunyai suami begini.

Selain itu terdapat juga dalam masyarakat ygmana ada setengah suami yg gemar melihat isteri ditiduri oleh lelaki lain bagi merangsang keghairahan dirinya, sisuami menjadi penonton aksi isteri dengan lelaki lain dan lebih memburukkan ada setengah isteri yg ditiduri bukan oleh seorg malah berkumpulan atas inisiatif suami yg meraih ghairah dan kepuasan dengan cara begini. Begitu juga semakin berleluasa aktiviti seksual yg tidak sihat melibatkan antara ahli keluarga (incest) dimana suami menjemput anak gadis dan anak terunanya bersama diatas katil samada suami sebagai pelaku utama atau sebagai penonton utk merangsang keghairahannya menyebabkan bukan sahaja isteri malah anak2 turut mengalami tekanan emosi dan jiwa.Terdapat juga isteri mengahwini suami yg biseksual dimana suami membawa bersama teman lelaki dan teman wanitanya kekatil dan berkongsi hubungan intim serentak bersama dgn isteri. Kebelakangan ini berlaku peningkatan mendadak perceraian membabitkan isteri dan suaminya 'gay' tak kurang juga pertambahan kes penganiayaan terhadap isteri oleh suami yg melakukan penyimpangan seksual.


5. Seks jalan belakang
Merupakan variasi seks yg tidak sihat namun semakin mendapat tempat dlm selera suami bilamana suami yg pernah mencuba seks diluar tabii ini akan sering meminta isterinya mengulangi kerana gaya begini membuatkannya mencapai kenikmatan yg tinggi kerana otot anal lebih mencengkam berbanding dgn vagina tanpa memperdulikan implikasi perbuatannya. Perlu diambil perhatian bahawa secara biologinya anus atau anal hanya dilapisi oleh selapis epithel toraks yg sangat sensitif serta mudah terluka dan berdarah apatah lagi bila dimasuki oleh penis, ramai yg tidak tahu bahawa melalui darah luka inilah virus spt HIV akan masuk dan membiak. Isteri berhak meluahkan ketidakselesaan dan menjelaskan pada suami tentang risiko buruk yg akan dihadapi, jgnlah membahayakan diri dgn risiko dijangkiti penyakit semata2 utk meraih sekejap kenikmatan.
Menurut kajian pakar perubatan, pakar seksologi dan pakar terapi seks mendapati segala variasi seks serta permintaan luar dari kebiasaan spt dinyatakan diatas berpunca dari adanya fantasi seksual. Fantasi seksual yg lazimnya bersifat liar sering menarik minat dan selera suami mahukan seks dengan pelbagai fantasi yg diluar jangkaan. Dalam kaji selidik didapati ramai isteri boleh menerima perlakuan seks luarbiasa mengikut selera suami selagi ianya dikategorikan sebagai normal dan tidak melampaui batas dimana batasan seks berpandukan pada agama dan juga budaya.

Ahli kaji jiwa bersependapat bahawa bagi mengelakkan isteri di aniaya dgn fantasi liar suami sebaiknya suami isteri mempunya komunikasi seks yg lebih terbuka bukannya sekadar memberi dan menerima walaupun suami yg mendominasi keadaan namun isteri berhak meluahkan fantasi seksualnya, bagaimana dan caramana hubungan intim yg diingininya kerana isteri juga punya fantasi seks tersendiri dan hanya boleh dicapai dgn kefahaman suami tentang keinginannya kerana yg wujud dlm hubungan seks adalah keinginan kedua2 belah pihak dan dinikmati bersama. Hubungan intim adalah hak bersama maka sekiranya satu pihak merasa tidak selesa dan tidak menikmatinya sebaiknya ia tidak dilakukan.


Rujukan:
Journal Of Sex Research
Journal Of Sex and Marital Therapy
Digital Journal- Sexually Transmitted Diseases
Oxford Journal-Journal of Psychology
Kompilasi artikel, nota kuliah dan kertas kerja seminar.