Tak cukup info? Cari lagi.

 

Sunday, November 25, 2007

Suami melayan isteri. Bila? Bagaimana?

Suami harus tahu walaupun isteri mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks, tetapi tidak ramai yang meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri menyebabkan mereka mengharapkan suami memahaminya. Wanita dari keturunan melayu agak sukar untuk menyatakan hasrat untuk melakukan hubungan intim. Oleh yang demikian suami harus pandai menafsirkan apa yang tersurat dan tersirat.


Realitinya, walaupun sudah lama berumah tangga suami kadang kala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Suami, jangan biarkan ini berlaku, tips berikut mungkin boleh membantu mereka mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.


BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari, bila tidur bersendirianlah akan membangkitkan ghairah isteri untuk melakukan hubungan seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, tidak hairanlah bila suami pulang,isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.


WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke14selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara dengannya.

Suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri 'buang tebiat' kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan sebaik mungkin terhadap waktu ini. Jangan sekali-kali suami memperlekehkan kehendak isteri. Jangan pula sengaja buat jual mahal atau sengaja nak tunjuk ego. Waktu sebegini bagi isteri ialah seperti petir dentum berdentum, siap dengan putting beliung …. tetapi hujan tak juga turun-turun. Bumi terus gersang. Akibatnya wangi-wangian yang disembur oleh isteri menjadi sia-sia belaka.


SELEPAS BERTENGKAR
Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yang lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.

Kita memang sedia maklum dengan perangai satu kaum yang suka bergaduh hingga lebam-lebam, bising satu kampung… tidak lama kemudian senyap sunyi kerana mereka kini sudah siap sedia melayari bahtera. Tapi dalam adat dan budaya kita perkara ini tak elok dilakukan. Takut ada yang terputus anu nya nanti sebelum sempat bahtera dilayarkan

Sentuhan dan belaian suami ketika ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengan penuh kenikmatan buat anda berdua. Tapi biarlah tangisan isteri reda terlebih dahulu. Jangan terlalu gopoh yang kemudiannya akan menyebabkan kekeliruan antara tangisan dan rengetan. Dah tak tahu yang mana satu yang betul. Sakit ke… sedap ke.


TERTEKAN
Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik kepada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung.seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks. Tetapi harus lihat situasinya, sekiranya isteri sekiranya isteri tidak memberi respon pada rangsangan yang diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan.

Pujuklah isteri untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya. Tapi janganlah kita sengaja menimbulkan isu supaya isteri kita menjadi stress semata-semata kerana ingin memujuk dan membelainya selepas itu. Silap-silap haribulan kita terpaksa tidor bertemankan TV diruang tamu.


MENERIMA BER1TA GEMBIRA
Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik untuk seorang isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini. Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu. Jadi, selalulah pulang kerumah dengan membawa berita gembira. Walaupun berita tersebut telah disiarkan berkali-kali oleh akhbar atau TV sebelum ini.


IMAGINASI
Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi perkara yang sama. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantis dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan meng-harapkan fantasi anda saja di-penuhi. Yang pentingnya sama-sama melayan.

0 comments: